Sumbangan
Sekembalinya dari Mesir, beliau menetap di Perlis dan berkhidmat sebagai guru agama serta Imam Besar Masjid Negeri Perlis. Beliau memperkenalkan ajaran yang dinamakan “ajaran kaum baru” yang terkenal hingga ke peringkat teraju pemerintahan di Perlis. Ajaran itu kemudian dikanunkan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis, Bahagian 2, bertajuk Agama Rasmi 5 (1) yang digubal pada 26 Mac 1959. Beliau mencatatkan: “Agama rasmi di Perlis ialah agama Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah”.
Karya / Manuskrip
Khutbah Jumaat, Soal Jawab Agama, Sejarah Anbia’, Tafsir Juz ‘Amma, Jawahir Bukhari, Kemerdekaan Berfikir dalam Islam, Panduan Puasa, Pergerakan Kaum Wanita Dalam Islam, Ibadah Rasulullah, Puasa Rasulullah dan Punca Peperangan Akal
Kesultanan yang Berkaitan
Memandangkan beliau hidup dari tahun 1904 hingga 1970, beliau melalui zaman pemerintahan empat orang Raja Perlis iaitu: